www.iluvislam.com
Dihantar oleh : Sabirah Abdullah
Editor : arisHa27
" Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku. " Soal Ain sambil menangis teresak-esak.
" Kenapa? " Nurul bertanya kembali, agak cemas dengan Ain yang semakin kuat esaknya.
" Kami...kami....dah putus. " raung Ain.
Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu Malaikat Jibril bertanya kepada baginda sekiranya baginda menginginkan Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, Rasulullah menyatakan bahawa mereka belum mengetahui kebenaran malah baginda turut mendoakan agar hati mereka terbuka untuk Islam.
Begitu juga cinta para sahabat yang amat mendalam kepada Rasulullah s.a.w sehingga para sahabat sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.
Di dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa anaknya ke syurga dan cinta seorang ayah pula menyebabkannya sanggup berkorban demi kebahagiaan ahli keluarganya. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar jelas dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud ;
Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf sehingga Al-Aziz terpaksa melepaskannya.
Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja.
Pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah s.w.t, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf dan mereka berkahwin.
(Surah al-Maidah:3)
Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap penciptaNya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak memperdulikan Nabi Yusuf sendiri yang sewaktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa itu bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf.
Nabi Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa daripada mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran. Melihat kepada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu berlandaskan nafsu semata-mata.
Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabadi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu adanya bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal.
Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita tidak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri apabila cinta yang diharapkan tidak kesampaian.
" Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan. "
Friday, July 16, 2010
Remaja & Dunia Percintaan
Posted by Dr. Ira at 11:41 AM 0 comments
Wednesday, July 14, 2010
Di Sini Ada Satu Cerita
Editor: deynarashid
Kisah cinta yang sebenar-benar cinta.
Sungguh.. Hati saya dihimpit rasa sayu.
Sebak di dada masih terasa sesaknya.
Kesan linangan air mata masih terasa panasnya.
Bait-bait ayat yang saya baca sebentar tadi bermain-main di minda.
Benarlah.. DIA tiada galang gantinya.
Air mata ini mudah benar mengalir mengenangkan ayat-ayat itu.
"Sakitnya sakaratul maut ini wahai Jibrail"
Di saat itu, hati saya tersentak.
Jika manusia agung tanpa secalit dosa itu pun mengaduh tentang sakitnya sakaratul maut itu.
Apatah lagi diri saya yang penuh dengan dosa-dosa ini?
Adakah mampu saya menanggung pedihnya sakarat itu.
Andai saya dijemputNya tanpa sempat saya bertaubat.
Atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan dalam kehidupan selama ini??
Lalu bagaimanakah nasib saya ketika itu??
"Wajahnya masih tenang.
Namun bibirnya sudah sedikit kebiruan.
Saidatina Fatimah sudah tidak mampu menahan esak tangisnya.
Manusia agung itu sudah semakin hampir meninggalkan kita.
Saidin Ali menghampiri manusia agung itu.
Apabila menyedari ada sesuatu yang cuba diluahkan dari bibir itu.
UMMATI.. UMMATI..UMMATI.."
Wahai Nabi.
Cintamu kepada kami tiada tolok bandingnya.
Sungguh besar pengorbanan yang engkau lakukan demi umatmu ini.
Wahai Nabi.
Biarpun engkau tidak pernah melihat kami.
Engkau sudah menyatakan kerinduanmu kepada kami.
Sedang kami??
Masih ada yang tidak mahu mengenalimu apatah lagi merinduimu.
Wahai Nabi..
Engkau menyebut kami di akhir hayatmu.
Tanda betapa kasihnya engkau kepada kami.
Sedang kami??
Kadang terasa berat lidah ini memuji namamu.
Walau zahirnya kami mengatakan bahawa kami juga cinta padamu.
Wahai Nabi..
Engkau tinggalkan kepada kami dua perkara.
Yang andai kami berpegang teguh padanya nescaya kami tidak akan sesat selama-lamanya.
Iaitu Al-Quran dan Sunnahmu.
Namun hari ini.
Ramai di antara kami yang sudah tidak mempedulikan dua perkara itu.
Alangkah sedihnya hatimu wahai Nabi.
Andai engkau mengetahui keadaan kami hari ini.
Kami umpama buih-buih di lautan.
Air mata saya masih setia mengalir menganagkan cerita yang saya baca itu.
Terasa hinanya diri ini.
Kerana masih belum cukup mengenali peribadi dan kisah hidup manusia agung itu.
Saya tidak mahu hanya mengenal namanya sahaja.
Tiba-tiba saya teringat akan suatu ayat yang pernah saya baca satu ketika dahulu.
"Orang yang bertakwa adalah orang yang apabila di sebut nama Allah, maka bergetarlah hatinya kerana takut dan apabila disebut nama Rasulullah, maka hibalah hatinya kerana rindu.."
Lama saya terdiam.
Dada saya terasa sebak.
Adakah saya termasuk dalam golongan itu?
Posted by Dr. Ira at 3:37 AM 0 comments
Tuesday, July 13, 2010
Posted by Dr. Ira at 7:13 AM 0 comments

Posted by Dr. Ira at 6:43 AM 0 comments
Thursday, July 1, 2010
Lambaian Baitullah
Kami tiba di Airport pada jam 11.30 pagi. Flight pukul 3.15. Saat kaki melangkah ke balai perlepasan, hatiku

Posted by Dr. Ira at 1:17 AM 0 comments
Tuesday, June 8, 2010


Posted by Dr. Ira at 3:13 AM 0 comments
Thursday, May 13, 2010
Ini beberapa yat orang yang tidak berjaya menyambung pengajian dan ada ketikanya aku juga menggunakan ayat ini kerana ayat ini dapat membuat kita merasa tidak down lagi. Sesiapa yang tidak berjaya menempatkan diri, ayat ini bisa diguna. Kita bisa yang lebih tinggi sayang!Ayat orang tak dapat matrikulasi.
- " I memang tak nak pun dapat matriks ni. I nak tunggu ipta je. Yelah, matriks ni susah la, I bukan pandai mana pun, nanti kena belajar macam orang gila, I tak nak lah. U nak ke I jadi gila macam u? "
- " Matriks? I memang tak mintak pun sebab I tak ambik add maths, jadi memang tak boleh pun. I tunggu ipta je la ni. Hehe. " (Okay ni ayat aku guna tapi betul ah weh!)
Ayat orang tak dapat IPTA.
- " Course yang I mintak memang susah nak dapat sebab ramai orang nak mintak course yang I nak ni. Jadi persaingan dia lagi sengit. U patut la u dapat, u ambik course yang orang tak ambik sangat, so takda persaingan sangat. Universiti yang u mintak pun universiti baru jadi senang nak masuk. Lain lah I nii! "
- " I memang tak harap sangat dapat ipta ni sebab my mum yang nak sangat I ambik law dekat Uitm ni. Jadi dah tak dapat ni, so I boleh ambik dekat ipts ambik masscomm, yey! Padan muka my mum, I dah cakap I tak minat law, dia nak paksa jugak. See, now dah tak dapat. "
- " Ala lek la, tak dapat matriks dengan ipta, masuk je IPTS or pergi overseas. My dad mampu la setakat nak tanggung belajar 3-4 tahun ni. Lagipun I belajar pandai ke tak, I akan kerja dengan my dad jugak. So, buat apa nak susah-susah belajar? Sekarang I nak kerja dengan my dad pun boleh. Jealous la u ni! "
- " Sabar weh, kita tunggu politeknik, aku dengan politeknik lagi best do! Kita boleh jadi lain sikit masuk poli, buat apa nak sama dengan orang lain? Konon masuk IPTA, IPTS and matriks tu pandai sangat ah? Poyo! "
- " IPTA? Aku bukannya nak sambung belajar pun, aku nak kerja je.."
Ayat orang tak dapat IPTS.
- " Eleh, dia tu masuk IPTS pun sebab bapak dia kaya! Nak harap results spm dia tu, haram! Lagi baik jadi macam kita ni Zaiton, kita masuk poli nanti sebab results kita sendiri! Atas usaha kita sendiri. Tah-tah diorang tu guna orang dalam je! "
- " Buat apa nak masuk IPTS? Bukan laku pun sijil tu nanti keluar! Dah la kau nak tau Eton, ada IPTS yang subjek dia ajar tak diperakui pun! Nak ke kau cari kerja nanti tak dpaat mana-mana? Takut aku. "
- " IPTS tu tempat untuk budak yang tak dapat masuk IPTA dengan matriks! Dasar anak manja! Spoilt brat!"
Ayat orang tak dapat menyambung belajar di luar negara.
- " Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri "
- " Buat apa nak sambung belajar dekat luar negara? Malaysia ni dah tak cukup tempat belajar dah ke? Orang luar semua datang nak belajar dekat sini, yang kau gatal nak jadi orang putih tu kenapa? Malaysia ni memang tercinta! I love u Malaysia. 1 Malaysia! "
- " Muka dia tu nampak sangat nanti lepas habis belajar, bawak balik laki mat salleh! Tak nak aku jadi macamtu, baik aku duduk Malaysia, kahwin dengan orang Melayu kita. "
- " Aku tak boleh jauh daripada parents aku. Tu la aku tak terima biasiswa sambung overseas tu (PADAHAL!) "
Ayat orang tak dapat sambung mana-mana institusi pengajian.
- " DEKAT MANA AKU NAK BELAJAR NIIIIIIIIIIII? SEMUA TAK TERIMA AKU!!! "
- " Aku memang dah tak minat belajar. Aku nak kahwin dengan anak raja. Aku nak buat anak je lepasni. Okay kan? Besar kan cita-cita aku? "
SEKIAN AYAT COVERLINE TAK DAPAT MASUK
| How are we so "different"? If "different" is just a thing. If we all have certain features, What does "different" bring? People filled with hatred, Can't possibly see, That there's not really "differences" Between you and me. Looks can't show "difference", If they're just there to be seen. If you don't look like someone else, Why are they so mean? If being "different" is what is wrong, I'd rather not be right. And I'd want to finish living, Doing the "different" fight. |
Posted by Dr. Ira at 11:43 PM 0 comments




