THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Wednesday, July 14, 2010

Di Sini Ada Satu Cerita

Di Sini Ada Satu Cerita

salam pada semua~ ak terbuka tadi page ILUVISLAM..n terjumpalah satu cerita ni...sedih...rindu... so sempena kita nak masuk bulan RAMADHAN xlama lagi, nak ak kongsikan kepada uols gitu...utk kita renung2 seketika...

www.iluvislam.com
Oleh: nur_afni
Editor: deynarashid


Di sini ada satu cerita.
Kisah cinta yang sebenar-benar cinta.
Sungguh.. Hati saya dihimpit rasa sayu.
Sebak di dada masih terasa sesaknya.
Kesan linangan air mata masih terasa panasnya.
Bait-bait ayat yang saya baca sebentar tadi bermain-main di minda.
Benarlah.. DIA tiada galang gantinya.

Air mata ini mudah benar mengalir mengenangkan ayat-ayat itu.
"Sakitnya sakaratul maut ini wahai Jibrail"
Di saat itu, hati saya tersentak.
Jika manusia agung tanpa secalit dosa itu pun mengaduh tentang sakitnya sakaratul maut itu.
Apatah lagi diri saya yang penuh dengan dosa-dosa ini?
Adakah mampu saya menanggung pedihnya sakarat itu.
Andai saya dijemputNya tanpa sempat saya bertaubat.
Atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan dalam kehidupan selama ini??
Lalu bagaimanakah nasib saya ketika itu??

"Wajahnya masih tenang.
Namun bibirnya sudah sedikit kebiruan.
Saidatina Fatimah sudah tidak mampu menahan esak tangisnya.
Manusia agung itu sudah semakin hampir meninggalkan kita.
Saidin Ali menghampiri manusia agung itu.
Apabila menyedari ada sesuatu yang cuba diluahkan dari bibir itu.
UMMATI.. UMMATI..UMMATI.."



Wahai Nabi.
Cintamu kepada kami tiada tolok bandingnya.
Sungguh besar pengorbanan yang engkau lakukan demi umatmu ini.

Wahai Nabi.
Biarpun engkau tidak pernah melihat kami.
Engkau sudah menyatakan kerinduanmu kepada kami.
Sedang kami??
Masih ada yang tidak mahu mengenalimu apatah lagi merinduimu.

Wahai Nabi..
Engkau menyebut kami di akhir hayatmu.
Tanda betapa kasihnya engkau kepada kami.
Sedang kami??
Kadang terasa berat lidah ini memuji namamu.
Walau zahirnya kami mengatakan bahawa kami juga cinta padamu.

Wahai Nabi..
Engkau tinggalkan kepada kami dua perkara.
Yang andai kami berpegang teguh padanya nescaya kami tidak akan sesat selama-lamanya.
Iaitu Al-Quran dan Sunnahmu.
Namun hari ini.
Ramai di antara kami yang sudah tidak mempedulikan dua perkara itu.
Alangkah sedihnya hatimu wahai Nabi.
Andai engkau mengetahui keadaan kami hari ini.
Kami umpama buih-buih di lautan.

Air mata saya masih setia mengalir menganagkan cerita yang saya baca itu.
Terasa hinanya diri ini.
Kerana masih belum cukup mengenali peribadi dan kisah hidup manusia agung itu.
Saya tidak mahu hanya mengenal namanya sahaja.
Tiba-tiba saya teringat akan suatu ayat yang pernah saya baca satu ketika dahulu.

"Orang yang bertakwa adalah orang yang apabila di sebut nama Allah, maka bergetarlah hatinya kerana takut dan apabila disebut nama Rasulullah, maka hibalah hatinya kerana rindu.."

Lama saya terdiam.
Dada saya terasa sebak.
Adakah saya termasuk dalam golongan itu?

~6.24 pm
~14 Julai 2010

Tuesday, July 13, 2010


~MAM TIME...YIPIE~


ini mak cik ak, Induk

this is my beloved my mum!
my meal~nyum2



~LAMBAIAN BAITULLAH~
EPISODE 2

salam semua~ketemu lagi dalam warkah LAMBAIAN BAITULLAH EPISODE 2.
Selesai solat subuh, ibuku bersama2 makcik aku pulang ke bilik. Aku pula?tidur! ngantuknyer~ apakan daya ak ketika itu, Allah telah berikan ak cuti!Ketika itu jam baru 5.30 pg! tapi terang dah...kul 6 pg kami pergi makan pagi. Nyam2...sedap tu mkn kat sana! After selesai je sume, kami bergerak bersama kumpulan travel kami, bergerak ke RAUDHAH. Tatkala ak sampai di Raudhah, menjejakkan kakiku disini, ak bertambah sayu. Aku merasakan suatu ketenangan yang sangat indah! Tatkala aku merasakan betapa kerdilnya aku ketika melalui MAKAM BAGINDA S.A.W. walaupun ak ketika ini sedang dlm 'cuti', namun aku tetap berdoa di
Raudhah. melihat sekeliling aku, titisan air mata keinsafan kelihatan di mata2 semua yang berada di situ. Sejuk dan tenang sungguh! Alhamdulillah, ak dapat masuk dengan keadaan yang sungguh selesa! Tiada kesesakan terasa pabila sudah memasuki kawasan Raudhah itu~
pic ini diambil dlm internet kerana kesukaran ak utk mengambil dengan mggunakan cameraku sendiri

Ketika selesai, kami berjalan2 di sekitar kawasan hadapan Masjid Nabawi. Bayangkan ketika ini baru jam 7 lebih, sudah terang seperti jam 9pg di malaysia! Disini, ira nak ceritakan dan pesan, jika perempuan nak keluar, bwlah teman. Kerana di sana, orang2 arab di sana sgt gatal! takut teramat sangat! Sampai ak terasa nak selubung dengan telekung baru boleh keluar berjalan! huhuhu~ Jam kini sudah menjangkau pukul 2.00ptg. Kami berempat pergi menjamu selera!Alhamdulillah!nyum2...masyaAllah, makanan disini sgt sedap! Apa sje kita le buat disana? makan, tidur n pergi masjid! mana x tembam!hehehe~

Kini, sudah masuk waktu Asar. jam pukul 4.10. Aku mengikuti makcik ku bersama ibuku ke Masjid Nabawi walaupun aku masih berhadas. Semua sedang kyusuk solat. Kelihatan ada seorang bayi berguling2 disebelah kaki ibunya yang sedang khusyuk solat. Alhamdulillah, bertuahnya bayi itu, kecil2 sudah berada di tempat yang sungguh suci ini. Sangat comel, putih, orang Arab. Mungkin belum pandai berjalan, barangkali baru belajar merangkak. yang bagusnya disini, kebanyakan bayi2 yang ada adalah dari orang Arab sendiri. Mereka suka membawa anak2 kecil masuk ke tempat yang suci ini. Bertuah sungguh, namun ak tidak kelihatan orang malaysia membawa anak kecil ke sini. Mungkin suatu hari nanti...InsyaAllah~ Aku sempat berkenalan dengan seorang ibu pakistan. Walaupun aku kami tidak dapat berkomunikaasi dengan baik, dia tidak faham bahasa ak, dan ak tidak faham bahasanay walaupun ak menggunakan english. tp ak faham dari gerak gerinya. Dia sungguh syg pada ak! ketika selesai mak cik ak dan ibuku solat, kami ingin pulang, ibu pakistan itu MEMELUK ak dan MENCIUM pipi ak. terharu sungguh ak. Sedih pun ada...

7.15 pm, azan magrib berkumandang. Dan kami stay di dalam masjid sampai Isyak. Selesai solat, kami terus makan malam dan apa lagi, tido!heheeh~Ngantuk sgt2...sebab esok pagi, mak cik ak dan ibu ak nak bangun pukul 3 pg, nak ke masjid kerana subuh dia pukul 4pg. So, siang disini lebih panjang dari malam. sejuk sgt2...selimut tebal menjadi pilahan ak dan zzzzzzzzzzzzzzzz~

Thursday, July 1, 2010

Lambaian Baitullah


~LAMBAIAN BAITULLAH~
EPISODE 1

12 JUN 2010- Alhamdulillah, apa yang aku tunggu telah tiba dan harinya pun menjelang ^_^. Hari ini juga merupakan hari yang sangat bermakna pada diriku seumur hidupku.AKU AK
AN BERANGKAT UTK MENGERJAKAN UMRAH! Tidak dapat aku melelapkan mataku malam tadi! EXCITED sangat...semuanya bercampur, SUKA, GEMBIRA, SEDIH. Mana taknya, kalau aku ditakdirkan utk pergi
selama2 nya, ak takkan pulang lagi ke tanah air ini... Ketika ketibaan jiran tetanggaku, kami sekeluarga sangat gembira ^_^ Tatkala alunan azan berkumandang membawa aku dan ibuku ke muka pintu rumah, begitu syahdu...dan menyentuh hati kami semua...Titisan air mata kelihatan di mata semua yang hadir...InsyaAllah, aku dan ibu akan pulang semula ke rumah ini dengan selamat...

Kami tiba di Airport pada jam 11.30 pagi. Flight pukul 3.15. Saat kaki melangkah ke balai perlepasan, hatiku
diruntung pilu tatkala melihat lambaian2 membawa aku,
ibu dan dua orang mak cik ak. Kami menaiki penerbangan MAS MH150 ke JEDDAH dan mengambil masa 8 jam 5 min. Aku duduk di seat C26, sebelah ak, ingat ibu aku duduk, upenyer ak duk ngan seorang lelaki! Meh ak kenalkan dia serba sedikit...heheheh... Nama dia Mohd Hafiz, masih bekerja di daerah
Damansara...macam tu la...Dia da banyak kali pergi Umrah tapi dengan mak dia. Sayangnya, kali ini die pergi seorang diri, kerana maknya baru meninggal bulan 3 lepas...AL- FATIHAH~
Dia ada menceritakan something, nak tau?hehehe...die ad berniat tidak mahu mengerjakan Umrah tahun ini. Pada suatu hari, selesai solat tgh malam, die bermimpi yang sangat buruk dan sedar, die terus tukar niat, utk mengerjakan umrah tahun ini...itula serba sedikit tentangnya~

Ok, kembali pada cerita aku. First time naik kapal terbang, fuh!!!cuak sey! Bila sudah naik di atas, semua kulihat persis barang mainan dan akhirnya menjadi TITIK. Disinilah aku dapat menikmati ciptaan Allah pada kita semua...aku mencari secebis ketenangan dan seluas kedamaian yang selama ini tidak pernah aku kecapi...Dan tatkala ketika aku sedang menulis diariku ini, aku sekarang berada di atas negara India! Waktu Malaysia ketika ini sudah menjaukau pukul 7.05 pm dan di Jeddah baru sekitar jam 2.05 pm. Jarak masanya adalah 5 jam. Ok lah...nak rehat seketika tatkala ketika ini, ada yang sedang lena diulit mimpi, dan ad yang leka menonton tv..^_^

Alhamdulillah...kami tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah jam 7.00pm waktu Jeddah. Setelah selesai urusan pasport, kami semua menunaikan solat magrib jamak bersama isyak. Tak sangka, kami solat zuhur dijamakkan bersama asar di KL, dan magrib di Jeddah!
Selesai solat, kami bertolak pula ke Madinah. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 6 jam! Dan kami selamat tiba di Madinah, hotel kami, pada jam 2.30am. Diatas ini merupakan hotel kami dan num bilik...heheheh...sekejap lagi nak subuh! subuh sini pada jam 4.00am tau...ok la..nanti ak sambung lagi jumpa pagi nanti ^_^

bersambung~
ira~

Tuesday, June 8, 2010


~sANg pENgemBarA keCIlan~

salam pada semua, lama gak ak xpost citer kat sini, huhuhu...biasala,wahahahah....aku ada citer mau stoly sama uols~hehehehe....guess wat?hahaha...alkisahnya~

hari ini, aku kene pulang ke UKM, utk setlekan segala prob aku yang memangla xtau bile leh setle...huhuhu, apa lagi, kali ini pasal skrip teater utk minggu mesra pelajar. aku menaiki train dari shah alam ke UKM, tapi akan singgah le dulu kat kl sentral and meet my fwen there...IKA...

tatkala aku tiba di hentian petaling,adey, lagi 3 stesen mau sampai kl sentral da...kene tukar train lain! awatnyer? lamanya aku duk dalam train tu utk tunggu DIE bergerak! ak rasa kalau ak jalan kaki mesti da sampai!huhuhu~cian ika, mesti lama gler tunggu ak, mana xnyer, pukul 10 pg kol,skunk....10.50 pagi!!!


setibanya aku di kl sentral , i meet ika there...then think wat happen next???huhuhu~
"HARAP MAAF, TRAIN TERGENDALA DAN PEMBAIKAN PULIH DIJALANKAN. TRAIN KE SEMUA DESTINASI TERPAKSA DIBATALKAN UTK KETIKA INI. SEGALA PEMBAYARAN BOLEH DITUNTUT DI KAUNTER. TQ"

gitu le sket, lebih kurang pengumuman tu! peh...xbleh blar! macam mana nak balik UKM ni? huhu~apakah yang terjadi kepada kami berdua? selamatkah kami utk pulang ke UKM hari ini memandangkan sekarang sudah jam 12 tghari???

setelah penat memikirkan...akhirnya jumpa jalan keluar!yipi!!..kami menaiki putra ke pasar seni..**tambang rm1.00** kami berjalan2 dulu di sekitar pasar seni, siap sempat buat masage kaki!wahahah...tickelish!!!pakai ikan tu! punyela aku meraung!happening gler jadinye kat kedai mak cik tu...rm5 utk 10 min..ok la tu=)best gak, tapi first time tu, memang takot sey!

takot sey...riuh rendah jadinyer kedai aunty tu...like mcm kitaowg public figure kat situ..wahahaha~ tapi syok...try it! only 10 min!

kami bergerak menaiki bas rapid kl U40, rm3...terus ke hentian kajang, tapi kerana kebuluran kami,wahaha...lapar sey...dlm bus kate xlapar, tapi bile tgk iklan makanan je dlm bus, perut masing2 da bunyi2..ceh! turun gak kat metro kajang, g makan nasi ayam sama air teh o ais
**total rm5** boleh la...then gerak naik bus mini num66 **rm0.80** turun depan UKM. tunggu rapid ukm lambat gler...akhirnya, setelah jauh merantau, sampai juga ak ngan Ika kat UKM ni..huhuhu~


sampai gak akhirnya...huhuhu~ penat gak, tapi nak wat cam ne, kenela...huhuhuh
insyaAllah, sabtu ni, 12 jun 2010, aku akan berangkat ke Mekah bersama ibu dan 2 org mak cik ak utk menunaikan UMRAH...doakan kami selamat kesana dan pulang...


...insyaAllah...

dariku,
6.58 pm
8 june 2010

Thursday, May 13, 2010

geTTing BoreD?~

Hola everyone~lame aku tak tulis blog...peh!jiwang dey aku upenyer...hahaha..macam nak muntah jaw aku rase. But it is true la, why not im gonna be emo sket la..hahahaha...so im wanna to share. Td aku ada la bukak satu blog ni, peh! blog name INI BUKAN BLOG BIASA. Ayat macam da power, tp aku bukak, peh!hebat la!seorang lelaki belasan tahun mampu membuat blog sebegitu, i mean compare than me, he is much more better la... hahah...so lets check it out~

Ini beberapa yat orang yang tidak berjaya menyambung pengajian dan ada ketikanya aku juga menggunakan ayat ini kerana ayat ini dapat membuat kita merasa tidak down lagi. Sesiapa yang tidak berjaya menempatkan diri, ayat ini bisa diguna. Kita bisa yang lebih tinggi sayang!

Ayat orang tak dapat matrikulasi.

  • " I memang tak nak pun dapat matriks ni. I nak tunggu ipta je. Yelah, matriks ni susah la, I bukan pandai mana pun, nanti kena belajar macam orang gila, I tak nak lah. U nak ke I jadi gila macam u? "
  • " Matriks? I memang tak mintak pun sebab I tak ambik add maths, jadi memang tak boleh pun. I tunggu ipta je la ni. Hehe. " (Okay ni ayat aku guna tapi betul ah weh!)


Ayat orang tak dapat IPTA.

  • " Course yang I mintak memang susah nak dapat sebab ramai orang nak mintak course yang I nak ni. Jadi persaingan dia lagi sengit. U patut la u dapat, u ambik course yang orang tak ambik sangat, so takda persaingan sangat. Universiti yang u mintak pun universiti baru jadi senang nak masuk. Lain lah I nii! "
  • " I memang tak harap sangat dapat ipta ni sebab my mum yang nak sangat I ambik law dekat Uitm ni. Jadi dah tak dapat ni, so I boleh ambik dekat ipts ambik masscomm, yey! Padan muka my mum, I dah cakap I tak minat law, dia nak paksa jugak. See, now dah tak dapat. "
  • " Ala lek la, tak dapat matriks dengan ipta, masuk je IPTS or pergi overseas. My dad mampu la setakat nak tanggung belajar 3-4 tahun ni. Lagipun I belajar pandai ke tak, I akan kerja dengan my dad jugak. So, buat apa nak susah-susah belajar? Sekarang I nak kerja dengan my dad pun boleh. Jealous la u ni! "
  • " Sabar weh, kita tunggu politeknik, aku dengan politeknik lagi best do! Kita boleh jadi lain sikit masuk poli, buat apa nak sama dengan orang lain? Konon masuk IPTA, IPTS and matriks tu pandai sangat ah? Poyo! "
  • " IPTA? Aku bukannya nak sambung belajar pun, aku nak kerja je.."

Ayat orang tak dapat IPTS.

  • " Eleh, dia tu masuk IPTS pun sebab bapak dia kaya! Nak harap results spm dia tu, haram! Lagi baik jadi macam kita ni Zaiton, kita masuk poli nanti sebab results kita sendiri! Atas usaha kita sendiri. Tah-tah diorang tu guna orang dalam je! "
  • " Buat apa nak masuk IPTS? Bukan laku pun sijil tu nanti keluar! Dah la kau nak tau Eton, ada IPTS yang subjek dia ajar tak diperakui pun! Nak ke kau cari kerja nanti tak dpaat mana-mana? Takut aku. "
  • " IPTS tu tempat untuk budak yang tak dapat masuk IPTA dengan matriks! Dasar anak manja! Spoilt brat!"

Ayat orang tak dapat menyambung belajar di luar negara.

  • " Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri "
  • " Buat apa nak sambung belajar dekat luar negara? Malaysia ni dah tak cukup tempat belajar dah ke? Orang luar semua datang nak belajar dekat sini, yang kau gatal nak jadi orang putih tu kenapa? Malaysia ni memang tercinta! I love u Malaysia. 1 Malaysia! "
  • " Muka dia tu nampak sangat nanti lepas habis belajar, bawak balik laki mat salleh! Tak nak aku jadi macamtu, baik aku duduk Malaysia, kahwin dengan orang Melayu kita. "
  • " Aku tak boleh jauh daripada parents aku. Tu la aku tak terima biasiswa sambung overseas tu (PADAHAL!) "

Ayat orang tak dapat sambung mana-mana institusi pengajian.

  • " DEKAT MANA AKU NAK BELAJAR NIIIIIIIIIIII? SEMUA TAK TERIMA AKU!!! "
  • " Aku memang dah tak minat belajar. Aku nak kahwin dengan anak raja. Aku nak buat anak je lepasni. Okay kan? Besar kan cita-cita aku? "

SEKIAN AYAT COVERLINE TAK DAPAT MASUK

so far amacam?hahaha...xdela bosan hidup aku...hehehehe~ok la...nanti aku post lagi...i wanna make a difference from now!yeah~ i just want to be a myself and why i have to be look a down uols?~
copy from http://100-poems.com/poems/life/1096001.htm

How are we so "different"?
If "different" is just a thing.
If we all have certain features,
What does "different" bring?

People filled with hatred,
Can't possibly see,
That there's not really "differences"
Between you and me.

Looks can't show "difference",
If they're just there to be seen.
If you don't look like someone else,
Why are they so mean?

If being "different" is what is wrong,
I'd rather not be right.
And I'd want to finish living,
Doing the "different" fight.


Thursday, April 29, 2010


CARA-CARA MENGAWAL MARAH


Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita sendiri. di-bawah ini diberikan beberapa langkah mengawal kemarahansebagai panduan kita sendiri.

1. Sebelum melepasksn kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3 Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4 Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6 Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

Dr Shengal
-
~30 APRIL 2010