“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. “Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,”sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. “Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. “Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,”Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. “Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah. “Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis. “Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin. “Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.” Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.” Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar. Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang… Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah. 1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang… 2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang… 3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang… Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya. Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg… Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang… Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah. Salam sayang, Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya! ~ Hasil nukilan, Nur Fitrah ~ Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari mawar putih di Forum Tentang Cinta.
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Wednesday, December 30, 2009
"izinkan abang kahwin satu lagi...?"
Posted by Dr. Ira at 7:45 AM 0 comments
Monday, December 28, 2009
Aku Tinggalkan Dia Demi Allah
Posted by Dr. Ira at 3:57 AM 0 comments
Thursday, December 24, 2009
Monday, December 21, 2009
haRi PerTaMa aKu
BABAK SATU:tik tik bukan bunyi hujan, tapi jam handphne bunyi...gelap gelita!meraba2 mencari phne!bingit
tertusuk dalam telinga!argh??pkul 6am??
BABAK DUA: peh...aroma NESCAFE menyengat ke hidung! kacau2 trgt PROF KHALIJAH bercerita pasal
tortional motion!gerakan membulat,..huhuhu...=(
jam da 7.45, memakai kasut gerak ke FST menuju ke kuliah...
BABAK TIGA: huhu...15 min da...lecture xsampai...nyaris bangun, sekali masuk lecture!peh!selamat aku
tak keluar lg!notes diberi di tanganku sampai hbs sem!alhamdulillah...serono
aku...
"SAPE NAK PHOTOSTAT, BAGI NAME KAT AKU"=)
BABAK EMPAT: adey...kaki mula meragam...xpe,biarla...ber
kehadiran...bukan nak bodek prof, tapi aku last sign kedatangan!hohohohoho..ken
hantar!
BABAK LIMA: berjalan lagi tanpa menghirau sakit yang mula naik mendadak di kaki...check duit
PTPN...huhuhu...da jd fafkir aku sem ni!duit PT kene tolak RM1000 sbab gnti tebus check
awal sem 1 dulu..duit yuran kene RM1065!!!hohohohoho...blom
beli, duit SHOP aku, hehehe...kene kire tu...huhuhu....
BABAK ENAM: berjalan lg...adoh!sakit gler!mcm nak tanggal je kasut ni...tapi fkr malu lak,xpe
la...tahan2...naik fak aku,tgkat 2..cari lab nak daftar kelas lab,..
"MIZA, NAIK LIF LA, TAK TAHAN LA KAKI NAK NAIK TGGA"...hampa!blom ad lagi la!
BABAK TUJUH: serius, xtahan da...singgah bilik miza...huh!sket lagi nak sampai...sikit lagi...yeh!bukak
jugak kasut!peh!hbs kaki aku! melecet!!!pas ni jmpe FARHAN bg buku titas...
"MIZA, PINJAM SANDAL?"
BABAK LAPAN: aku xkira..sampai tangga...usha,line clear bebeh!naik atas pakai kaki ayam!hahahahaha
nsb baik org xperasan!huhu...wuuaaaa...
TU JE AKU NAK CITER..HAHAHA...PETUA ORANG DULU2, SBLUM PAKAI KASUT BARU,GIGIT LA KASUT TU!..KENAPA EK?...HEHEHEHEHE...TANYALA
Posted by Dr. Ira at 3:59 AM 0 comments
Tuesday, November 3, 2009
lumpur...tanah dan wasilah
bung kancil, sangat terkenal di Indonesia, tetapi agak sepi di Malaysia. namun dia disegani oleh orang terkenal di Malaysia seperti sasterawan negara, A Samad Said, Erma Fatima dan sebagainya. Namun, apa kaitannya dengan aku?hehehe...dia adalah kordinator aku utk teater di UKM ini.betapa bangganya aku punya orang yang hebat sepertinya. dari raut wajahnya yang bersahaja, ramai yang tidak menyangka dia adalah manusia hebat!
Posted by Dr. Ira at 6:54 AM 0 comments
Monday, October 26, 2009
salam...pembuka bicara...sudah lame aku tak update my blog.im very busy, with my study,especially this week i have to face my final exam.huh!a bit tension!but im very happy,and sometimes i feel like to cry. I don't no why,..tonight, i don't have a mood to study..tp this thursday and friday i have KILLER SUBJECT!!!huhuhuhu....
Posted by Dr. Ira at 7:12 AM 0 comments
Sunday, September 6, 2009
Wanita Ciptaan Istimewa.....
Wanita Ciptaan Istimewa.....
1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
Posted by Dr. Ira at 9:47 AM 0 comments
Saturday, September 5, 2009
5 september 2009
bertemu lg..heheh..aku inin berkongsikan hari2 ak semalam, aku semalam tido jew..wat keje,then tdo..hehehe=) then petang semalam,aku keluar ngan my mom pergi kajang. aku bercadang nak beli seluar untuk kegunaan aku time pergi kuliah nanti. then, memang rezeki aku kot, my mom belikan sepasang baju yang sangat cantik!macam baju pengantin!wahahaha...harga boleh tahan, baju tu harga dalam rm90++ and kain dalam rm30++, ingat nak kongsi separuh ngan my mom,then, ibu da bayar!alamak!biar betol ibu aku ni???hehehe...thanks ibu!i love you so much!=)
Posted by Dr. Ira at 8:22 PM 0 comments
Friday, September 4, 2009
Ramadhan penghapus dosa di antara dua Ramadhan. Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda :
"Solat yang lima, dan Juma'at ke Juma'at berikutnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa-dosa diantaranya, jika dosa-dosa besar dijauhi."
( H.R. Muslim )
Posted by Dr. Ira at 6:36 AM 0 comments
alhamdulillah...akhirnya berjaya aku create blog aku sendiri...maybe lepas ni, ni menjadi platform aku untuk menceritakan segala apa yang berlaku dalam hidup aku,untuk dijadikan kenangan aku dalam hidup sampai ke akhir hayat aku..=) cewah!
Posted by Dr. Ira at 6:33 AM 0 comments