Tuesday, November 3, 2009
Posted by Dr. Ira at 7:31 AM 0 comments
Labels: sesi latihan
lumpur...tanah dan wasilah
bung kancil, sangat terkenal di Indonesia, tetapi agak sepi di Malaysia. namun dia disegani oleh orang terkenal di Malaysia seperti sasterawan negara, A Samad Said, Erma Fatima dan sebagainya. Namun, apa kaitannya dengan aku?hehehe...dia adalah kordinator aku utk teater di UKM ini.betapa bangganya aku punya orang yang hebat sepertinya. dari raut wajahnya yang bersahaja, ramai yang tidak menyangka dia adalah manusia hebat!
bermula tugasan aku ketika diberi skrip Transit Warga Tanah!apa tu?? berkaitan apa? bagaimana jalan ceritanya?hahaha...bukan cerita komuter, bukan cerita cinta mahupun sepet!tapi cerita berkaitan manusia. manusia yang alpa dan hanyut akan kemewahan dunia.
"...apa hebatnya kita?..."
salah satu skrip dari Transit Warga Tanah. antara watak2 yang dimainkan adalah tentera Tuhan, Wasilah, Orang Tua, Orang Kaya, Orang Dewasa dan Petani. kenapa mereka semua? mereka adalah sebahagian manusia yang hanyut akan kemewahan dunia yan palsu semata.bukan abadi. tapi akhirat yang kekal selamanya...
aku diberi kepercayaan sebagai watak Orang Dewasa, yang bangga dengan degree yang diperolehinya, keseronokan yang dikejar tiada henti hingga lupa keluarga, dan Allah!kewajiapan yang seharusnya ditunaikan, dia abaikan...kesudahannya...
latihan dimulakan dengan sesi bulatan permulaan, dimana semua produksi akan berbincang akan progress masing-masing. custom,make-up,props,lighting,audio...sangat penting dalam sesuatu pementasan teater, bukan sekadar tubuh pelakon semata-mata. walaupun terdapat sedikit kekhilafan yang berlaku, namun ianya tetap berjalan meniti hari2 yang dinanti.terima kasih Ina...
hari berjalan sangat pantas...latihan semakin memantapkan para pelakon dan wasilah. dan semakin lama juga waktu latihan sehingga mencecah 2-3 pagi. mujur ada muiz,ina dan alumni yang hadir membawa kenderaan. menghantar kami tiap2 malam tanpa jemu. maafkan kami, tak bayar pun duit minyak,tapi insyaAllah,kami doakan kejayaan kalian semua...sangat seronok bila menghantar budak zabarianz...hehehe...ada sesuatu yang sangat best disana...'roller coster'!curam bukit tu, buatkan ianya menjadi 'roller coster' kami!kecut perut!=)
semakin tiba hinggalah sehari sebelum tiba 22 oktober 2009. malam tu, kami membuat rehearsel sehingga jam 6 pagi!kesian SM kene datang kul 9 keesokan pagi utk rehearsel penuh.pelakon, wasilah, make-up, audio diberi rehat tetapi hadir pada jam 2 ptg di panggung seni,dectar, UKM. aku dimake-up ibarat hangus dimuka!huhu..teman2 aku sampai tidak mengenali itu adalah aku!
malam itu adalah hari segala-galanya.aku menjiwai watakku sama seperti teman2 aku yang lain. first time kami bermain LUMPUR!habis satu panggung seni kotor dengan lumpur yang kami mainkan itu.aku puas!walaupun aku mendapat komen yang sangat memanaskan hati aku!
"...ira, skandel aku cakap die xpercaya itu aku.kau tau dia tgk pe?die tgk bontot kau!badan kau..."
terima kasih atas komen itu.aku berjaya bawa watak ibarat tanah itu...orang dewasa!kami mendapat tepukan yang gemuruh satu panggung seni itu. sangat puas!aku membersihkan diri, dan bersama teman2 membersihkan pangging seni yang sudah mandi dengan lumpur kami!
walau penat sesangat, tetapi aku banyak belajar erti semua itu. pengalaman yang sangat terindah buat diri aku sebagai seorang hambaNya di dunia yang sementara.kenangan selepas latihan, kami diajak keluar makan di luar...,pengalaman mistik di galeri seni dan pelbagai lagi menjadikan aku matang menjadi seorang mahasiswa di UKM ini. semoga berjaya kalian menduduki final exam bermula pada 26 oktober2009. miss YOUALL...
ira@orang dewasa 2328
Posted by Dr. Ira at 6:54 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)