THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, February 27, 2010

cuppycakes are fallen down

kenapa dengan aku ni? semua bende yang aku buat tidak menjadi...Ya Allah... kenapa dengan aku? aku sedih sgt...tp tiada siapa yang tahu...


"...ibu, ira nak balik...ira tak kuat dekat sini...ira nak balik..."

aku sedih sangat2...kenapa die buat aku macam ni? aku kah yang bersalah? tapi kenapa? disaat aku masih memerlukan semangatnya,..di saat aku masih memerlukan dia di samping aku...berikan aku inspirasi dalam semua kerja aku...tapi kenapa aku dikritik sebegitu? janganlah seksa aku begini lagi...aku dah xsanggup...maafkan aku...aku seorang yang lemah...sangat lemah...berikanlah aku kekuatan untuk teruskan hidup ini...

"...maafkan aku sekali lagi...tidak terlintas untuk aku melakukannya...maafkan aku..."

sorry,
1202pm
28 februari 2010

Friday, February 26, 2010

sweet dream dear...


Tik tok...tik tok...adey, sakitla idung!janganla gigit!huhuhu...yela2, nak bangunla ni. Sekilas aku melihat jam sudah berdetik jam 6pg. Oh!kejut subuh la ni..hehehe..terima kasih! ^_^

"...tiap2 malam bergaduh dengan buji! berebut bantal...ntah pape ntah..." ibu sekadar berbasi-basi sahaja.

"...memangla. katil kalau king ke queen ke, xpe gak. ni single! badan kite ngan die da xmuat! berhimpit tido...last2,ira xdpt tido pakai bantal..."

Itulah rutin setiap pg aku. Kalau aku bangun lambat, abesla hidung aku digigit!heheheh...=) Keakraban aku bersama die bermula sejak die lahir...29 April 2001...die seekor saje yang warna hitam cicak. 2 ekor lagi warna oren dan sekor warna putih. along amek putih...AYU nama die. angah amek oren. specialnya die ada macam TAIKO kat dahi die. nama JANGGOL! mai adk aku amek lagi seekor oren, CHOMBI nama die. die sikit comot kat muka die.=)...ibu die TUSYI! comel sangat...kucing parsi!kembang sangat! tapi sygnya TUSHI pergi dulu...=(...cian anak2 die, lbh2 lg buji, sebab die plg manja dengan mama die...kecik lagi da hilang mama...sampai buji isap kereta mainan mai!

Buji takot dengan orang laen kecuali aku. Bila org yang die xkenal,lintang pukang xcukup tanah nak lari..hehehe...apelah buji ni...hheheheh...kdg2 aku bercerita dengan die...banyak sangat aku cerita dengan dia walaupun die sekadar 'mieow'...rindu buji...Die plg cerewet! air xnak sisa org...makan nak pnggan sendiri...kene pnggil lembut2...xle kasar2, t merajuk. Buji kuat merajuk...susah nak pujuk..huhuhu....

Keakraban aku mula renggang ketika aku mendapat tawaran MRSM. aku perasan, die da xrapat dengan aku...die merajuk la tu. nak duduk dalam rumah pun da susah. Kalau tak dulu, keluar pintu belakang, masuk pintu depan..hehehe...
"...buji merajuk ek?macam tau2 je kakak nak g, buji da tinggalkan kakak...huhuhu..."

Akhir2 ni, aku selalu rindu die...lebih2 lagi die dalam keadaan sakit...

"...ni ad tumor kat sini...kene canser mata..."
"...tak boleh buang ke doktor?"
"...tak boleh...tunggu masa je. Paksa die makan..."

Alhamdulillah., die semakin pulih sedikit...ceria...da nak makan...mengiau...cuti seminggu ni aku bersama die...=)
"...buji da nampak sihat...=)"
"...mieow..."

"...ira...buji da tak da...lebih kurang pukul 3.15pm td..."

Sengaja kau buji...depan kakak kau nampak sihat...mieow kat kakak...mintak makan, belai...manja...rupenyer kau minta untuk yang terakhir...kau mati pun bukan depan kakak...malam ni kau tidur dengan tenang ye?jangan cerewet tau! xda bantal pon kat situ...xde sape nak tukar air baru...buji jadi baik tau...kakak rindu buji...Selamat tinggal buji...kakak sayang buji...

1017pm
26 februari 2010

Thursday, February 11, 2010

lemah + hina = kenapa?


Entah mengapa aku perlu begini? Aku tidak seperti berada dalam dunia nyata...mengapa perlu ada perasaan itu? Perlu ke aku menjadi seperti dahulu? Tidak! itu bukan aku...kenapa perlu aku 'melakonkan' watak yang bukan aku? Tatkala aku yang hina ini, aku tidak bangga dengan apa yang aku ada kerana aku punya kekurangan dalam diri...aku perlu belajar apa itu sebenarnya...apa itu kehidupan? apa itu perasaan? apa itu lagu? apa itu???

"...aku mengerti, itu semua dugaan yang perlu aku tanggung...aku perlukan kekuatan dan sokongan...aku lemah...sangat lemah..."

Betapa murahnya setitis air mata ini...!kenapa perlu mengalir ?untuk siapa? yang bukan hidup aku? kenapa? aku seorang lemah...sangat hina...!

"...hentikan kerja gile! kau hanya ada Dia! cintailah sepenuhnya untukNya...insyaAllah..."

Dan...aku punya die juga...yang sentiasa memberiku dorongan...yang sentiasa membuatkan hari2 aku bahagia...senyum dan tawa tidak pernah lekang dr hidup...aku hanya mencintainya...dia seorg...^_^

"...you one in the million for me..."
"...eventhough u r very comot...but im still love you...^_^"
"...love you forever..."

12 Februari 2010~
1.53 am~

Thursday, February 4, 2010

Bulan Ini Bulan Cinta


Bulan Ini Bulan Cinta
www.iLuvislam.com
Asniza
Editor : kasihsayang




Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih


Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.