Thursday, March 25, 2010
Posted by Dr. Ira at 11:54 AM 0 comments
Wednesday, March 10, 2010
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: hunny_bunny
Editor: RosNiza Abdullah
PERNAHKAH anda menangis?
Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?
Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.
Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.
Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.
Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.
Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.
Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.
Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:
Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Posted by Dr. Ira at 11:48 AM 0 comments
Friday, March 5, 2010
Posted by Dr. Ira at 6:17 PM 0 comments
Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa , 24300,Kemaman Terengganu .. Jalan Angkasa , 24300, Kemaman Terengganu . 31 April 2006 Puan, PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI Perkara di atas adalah di rujuk. 2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang. 3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini. 4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini. 5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan? 7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ..... Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.Contoh Permohonan Surat Rasmi Poligami
Isteri binti Perempuan 17,
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian , Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon ,
Suami bin Lelakireaksi istri pas dapat surat tu...si lelaki bersedia untuk amek langkah seribu,,hahahahahha
Posted by Dr. Ira at 10:51 AM 0 comments
Detik berMula~
Alhamdulillah...aku semakin pulih, tetapi ada banyak lagi yang perlu aku perbetulkan. Kenapa ye? Mungkin aku terlalu memikirkan pasal diri aku sahaja? Maafkan aku...aku telah terlatih untuk menjadi semakin kejam...mungkin gara2 peristiwa lepas yang mengajar aku menjadi begini...aku tidak terniat sekalipun...terpulang pada diri untuk menilai aku sedalamnya...
Posted by Dr. Ira at 9:56 AM 0 comments
Tuesday, March 2, 2010
nak MAKAN ORANG!!argggghhh!
Posted by Dr. Ira at 7:34 AM 0 comments