THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, April 29, 2010


CARA-CARA MENGAWAL MARAH


Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita sendiri. di-bawah ini diberikan beberapa langkah mengawal kemarahansebagai panduan kita sendiri.

1. Sebelum melepasksn kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3 Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4 Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6 Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

Dr Shengal
-
~30 APRIL 2010

Thursday, April 8, 2010


Cukup sampai disini...satu lagi nota terakhir ku~mana mungkin ianya kembali...

untuk apa bercinta
jika kita selalu membuatnya sakit hati?
untuk apa kita bercinta
jika kita tidak punyai masa untuknya?
untuk apa kita bercinta
jika persengketaan berlaku...

apa itu cinta? adakah kini manusia mengganggap cinta itu sekadar luahan perasaan? sekadar meluangkan masa untuk jiwa yang kosong? ah!suatu retorika tajam! terima sahaja segala keputusan yang menyiksa jiwa?

Sunday, April 4, 2010


`a love suicide'
Say
Where is my shame,
When I call your name?
So, please don’t set me free
I’m as heavy as can be
I will do you harm
I will break my arm
I am a victim of your charms

I want to be dead
When I’m in bed
I can be so mean
You can beat me
I would like to shame you
I would like to blame you
Just because of my love to you

And
Love itself is just as innocent as roses in May
I know nothing can drive it away
Though
Love itself is just as brief as a candle in the wind
But it’s greedy just like sin

Alone but sane
I am a love suicide

‘Cause
Love itself is just as brief as a candle in the wind
It is pure white just like sin

Alone but sane
I am a love suicide

‘Cause
Love itself is just as innocent as roses in May
It is pure white just like sin

ye...kenapa????aku masih disini dengan jiwa semakin kosong...sangat kosong...kering...aku tak terdaya hendak menanggung derita. Oh?apakah ini penghujung? atau permainan baru bermula? Aku lemah, tak terdaya...

Don’t leave me in all this pain
Don’t leave me out in the rain
Come back and bring back my smile
Come and take these tears away

beginikah akhirnya hidupku? aku mencari ketenangan...maafkan aku...aku perlu berbuat begini...kerana aku tidak mahu berbuat sebegitu padamu lagi. Aku tahu aku mengecewakan kau hari tu...tapi apakan daya, aku juga semakin keliru dengan diri aku...seolah2 aku tidak mengenali diriku lagi...maafkan diri yang hina...lemah ini...aku mencuba memperbetulkan diri ini semula...insyaAllah...bykkan doa, semoga ira kembali sebagai ira yang sayang kenal...

~a love suicide~
12:34pm
5 april 2010




Saturday, April 3, 2010

~LaRa HaTi~

Sekarang jam mencecah 2.30 pg, namun aku masih belum dapat melelapkan mataku. Kenapa ye? Angin malam semakin dingin, aku kesejukan dalam pelukan bantal...oh...tetibe terasa panas di pipi. Air mata ini kenapa begitu senang mengalir??? Aku perlu kuat! Perlu harungi sebagai seorang yang profesional...namun aku kalah dengan diri aku sendiri. Aku xfaham kenapa dengan diri aku??Puas aku mencari dimana silap aku...perlukan sokongan...tapi, aku tewas! Tewas dengan diri aku sendiri...!

Ye...mungkin itu dugaan untuk aku...aku perlu lalui seorang diri kerana pabila aku akan tutup mata buat selamanya, aku perlu lalui seorang diri bukan?? Oh...betapa kenangan yang lama menyinggah di benakku...Ye!salah aku semuanya...salah aku...salah aku...

Akhirnya, kenangan itu terkubur mati begitu saja...tiada siapa peduli hingga kering dan lenyap dari fikiran...begitu senang kah? Arghhhh...aku masih disini...bersama hati yang semakin kering...dan semakin rapuh dan akhirnya menjadi cebisan2 debu yang akhirnya jatuh ke tanah... jiwaku kosong!

"...apakah ada bedanya...hanya diam menunggu...dengan memburu bayang2 sama2 kosong..."

Aku cuma menggenggam bayang2 yang kosong! Dengan impian bersama bayang2 yang bukan realiti...aku menumpah kasih pada jiwa yang kosong...di bumi berputar...pasti ada gejolak! perasaan berbaur kecewa...tangisku tiada kedengaran...aku tak peduli...aku tak peduli...

~lara hati~
2.53am
4 april 2010

Pic Suke2 pose~