THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, July 18, 2010

::L.O.V.E to whom?::



Friday, July 16, 2010

Remaja & Dunia Percintaan

Salam kepada semua~sihat? insyaAllah, semoga semuanya sihat2 walaupun sekarang ramai yang demam la...itu la, inilah..sampai masuk air dlm bdn. MasyaAllah. Dugaan itu...xpe2, yang penting kt kene jg kesihatan, byk minum air masak tau ^_^

so far, Ira alhamdulillah, tp biasala, rock suara xhilang lagi ler!huhuhuh...macm mane ek?hehehe...nevermindla...janji happy~yeyeyeye~ Lately bit buzy skunk...i don't know y...fac lagi, teater lg. Td adalah perjumpaan ngan KETUA PROGRAM FIZIK uols~ sentap sekejap. nasib baik xbrain wash macam sem lepas!hahaha....ok la, i just wanna share to alls about dis article. I found out from ILUVISLAM.COM. i like dis web coz anything i can get it from here...yela, utk santapan rohani seketika selain bergelak tawa dan ke'TENSION'an tu...heheheh...check it out~

www.iluvislam.com
Dihantar oleh : Sabirah Abdullah
Editor : arisHa27

" Kenapa ni? Monyok je ni? Sakit ke? " Nurul yang baru balik daripada 'tutorial' bertanya kepada teman sebiliknya.

" Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku. " Soal Ain sambil menangis teresak-esak.

" Kenapa? " Nurul bertanya kembali, agak cemas dengan Ain yang semakin kuat esaknya.

" Kami...kami....dah putus. " raung Ain.

Cinta adalah salah satu kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu besar sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa ialah cinta yang paling agung di antara segala cinta. Kerana itulah para syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.

Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu Malaikat Jibril bertanya kepada baginda sekiranya baginda menginginkan Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, Rasulullah menyatakan bahawa mereka belum mengetahui kebenaran malah baginda turut mendoakan agar hati mereka terbuka untuk Islam.

Begitu juga cinta para sahabat yang amat mendalam kepada Rasulullah s.a.w sehingga para sahabat sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Di dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa anaknya ke syurga dan cinta seorang ayah pula menyebabkannya sanggup berkorban demi kebahagiaan ahli keluarganya. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar jelas dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud ;

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Namun kini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, kemungkinan besar terjadilah perkara yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum yang telah Allah tetapkan. Di alam menuju kedewasaan meminati dalam kalangan insan yang berlawanan jenis adalah satu lumrah.


Kisah cinta Nabi Allah Yusuf a.s dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah ketampanan Nabi Yusuf sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta kepadanya. Nabi Yusuf disumbatkan ke dalam penjara setelah Al-Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu perkara yang patut dilaksanakannya setelah peristiwa Zulaikha mencuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya sehingga terkoyak.

Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf sehingga Al-Aziz terpaksa melepaskannya.
Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja.

Pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah s.w.t, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf dan mereka berkahwin.


" Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta redha Islam sebagai agama kamu".
(Surah al-Maidah:3)

Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi. Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua kepadanya.

Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap penciptaNya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak memperdulikan Nabi Yusuf sendiri yang sewaktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa itu bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf.

Nabi Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa daripada mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran. Melihat kepada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu berlandaskan nafsu semata-mata.

Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabadi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu adanya bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal.

Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita tidak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri apabila cinta yang diharapkan tidak kesampaian.

" Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. "

" Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu? "

" Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan. "



Wednesday, July 14, 2010

Di Sini Ada Satu Cerita

Di Sini Ada Satu Cerita

salam pada semua~ ak terbuka tadi page ILUVISLAM..n terjumpalah satu cerita ni...sedih...rindu... so sempena kita nak masuk bulan RAMADHAN xlama lagi, nak ak kongsikan kepada uols gitu...utk kita renung2 seketika...

www.iluvislam.com
Oleh: nur_afni
Editor: deynarashid


Di sini ada satu cerita.
Kisah cinta yang sebenar-benar cinta.
Sungguh.. Hati saya dihimpit rasa sayu.
Sebak di dada masih terasa sesaknya.
Kesan linangan air mata masih terasa panasnya.
Bait-bait ayat yang saya baca sebentar tadi bermain-main di minda.
Benarlah.. DIA tiada galang gantinya.

Air mata ini mudah benar mengalir mengenangkan ayat-ayat itu.
"Sakitnya sakaratul maut ini wahai Jibrail"
Di saat itu, hati saya tersentak.
Jika manusia agung tanpa secalit dosa itu pun mengaduh tentang sakitnya sakaratul maut itu.
Apatah lagi diri saya yang penuh dengan dosa-dosa ini?
Adakah mampu saya menanggung pedihnya sakarat itu.
Andai saya dijemputNya tanpa sempat saya bertaubat.
Atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan dalam kehidupan selama ini??
Lalu bagaimanakah nasib saya ketika itu??

"Wajahnya masih tenang.
Namun bibirnya sudah sedikit kebiruan.
Saidatina Fatimah sudah tidak mampu menahan esak tangisnya.
Manusia agung itu sudah semakin hampir meninggalkan kita.
Saidin Ali menghampiri manusia agung itu.
Apabila menyedari ada sesuatu yang cuba diluahkan dari bibir itu.
UMMATI.. UMMATI..UMMATI.."



Wahai Nabi.
Cintamu kepada kami tiada tolok bandingnya.
Sungguh besar pengorbanan yang engkau lakukan demi umatmu ini.

Wahai Nabi.
Biarpun engkau tidak pernah melihat kami.
Engkau sudah menyatakan kerinduanmu kepada kami.
Sedang kami??
Masih ada yang tidak mahu mengenalimu apatah lagi merinduimu.

Wahai Nabi..
Engkau menyebut kami di akhir hayatmu.
Tanda betapa kasihnya engkau kepada kami.
Sedang kami??
Kadang terasa berat lidah ini memuji namamu.
Walau zahirnya kami mengatakan bahawa kami juga cinta padamu.

Wahai Nabi..
Engkau tinggalkan kepada kami dua perkara.
Yang andai kami berpegang teguh padanya nescaya kami tidak akan sesat selama-lamanya.
Iaitu Al-Quran dan Sunnahmu.
Namun hari ini.
Ramai di antara kami yang sudah tidak mempedulikan dua perkara itu.
Alangkah sedihnya hatimu wahai Nabi.
Andai engkau mengetahui keadaan kami hari ini.
Kami umpama buih-buih di lautan.

Air mata saya masih setia mengalir menganagkan cerita yang saya baca itu.
Terasa hinanya diri ini.
Kerana masih belum cukup mengenali peribadi dan kisah hidup manusia agung itu.
Saya tidak mahu hanya mengenal namanya sahaja.
Tiba-tiba saya teringat akan suatu ayat yang pernah saya baca satu ketika dahulu.

"Orang yang bertakwa adalah orang yang apabila di sebut nama Allah, maka bergetarlah hatinya kerana takut dan apabila disebut nama Rasulullah, maka hibalah hatinya kerana rindu.."

Lama saya terdiam.
Dada saya terasa sebak.
Adakah saya termasuk dalam golongan itu?

~6.24 pm
~14 Julai 2010

Tuesday, July 13, 2010


~MAM TIME...YIPIE~


ini mak cik ak, Induk

this is my beloved my mum!
my meal~nyum2



~LAMBAIAN BAITULLAH~
EPISODE 2

salam semua~ketemu lagi dalam warkah LAMBAIAN BAITULLAH EPISODE 2.
Selesai solat subuh, ibuku bersama2 makcik aku pulang ke bilik. Aku pula?tidur! ngantuknyer~ apakan daya ak ketika itu, Allah telah berikan ak cuti!Ketika itu jam baru 5.30 pg! tapi terang dah...kul 6 pg kami pergi makan pagi. Nyam2...sedap tu mkn kat sana! After selesai je sume, kami bergerak bersama kumpulan travel kami, bergerak ke RAUDHAH. Tatkala ak sampai di Raudhah, menjejakkan kakiku disini, ak bertambah sayu. Aku merasakan suatu ketenangan yang sangat indah! Tatkala aku merasakan betapa kerdilnya aku ketika melalui MAKAM BAGINDA S.A.W. walaupun ak ketika ini sedang dlm 'cuti', namun aku tetap berdoa di
Raudhah. melihat sekeliling aku, titisan air mata keinsafan kelihatan di mata2 semua yang berada di situ. Sejuk dan tenang sungguh! Alhamdulillah, ak dapat masuk dengan keadaan yang sungguh selesa! Tiada kesesakan terasa pabila sudah memasuki kawasan Raudhah itu~
pic ini diambil dlm internet kerana kesukaran ak utk mengambil dengan mggunakan cameraku sendiri

Ketika selesai, kami berjalan2 di sekitar kawasan hadapan Masjid Nabawi. Bayangkan ketika ini baru jam 7 lebih, sudah terang seperti jam 9pg di malaysia! Disini, ira nak ceritakan dan pesan, jika perempuan nak keluar, bwlah teman. Kerana di sana, orang2 arab di sana sgt gatal! takut teramat sangat! Sampai ak terasa nak selubung dengan telekung baru boleh keluar berjalan! huhuhu~ Jam kini sudah menjangkau pukul 2.00ptg. Kami berempat pergi menjamu selera!Alhamdulillah!nyum2...masyaAllah, makanan disini sgt sedap! Apa sje kita le buat disana? makan, tidur n pergi masjid! mana x tembam!hehehe~

Kini, sudah masuk waktu Asar. jam pukul 4.10. Aku mengikuti makcik ku bersama ibuku ke Masjid Nabawi walaupun aku masih berhadas. Semua sedang kyusuk solat. Kelihatan ada seorang bayi berguling2 disebelah kaki ibunya yang sedang khusyuk solat. Alhamdulillah, bertuahnya bayi itu, kecil2 sudah berada di tempat yang sungguh suci ini. Sangat comel, putih, orang Arab. Mungkin belum pandai berjalan, barangkali baru belajar merangkak. yang bagusnya disini, kebanyakan bayi2 yang ada adalah dari orang Arab sendiri. Mereka suka membawa anak2 kecil masuk ke tempat yang suci ini. Bertuah sungguh, namun ak tidak kelihatan orang malaysia membawa anak kecil ke sini. Mungkin suatu hari nanti...InsyaAllah~ Aku sempat berkenalan dengan seorang ibu pakistan. Walaupun aku kami tidak dapat berkomunikaasi dengan baik, dia tidak faham bahasa ak, dan ak tidak faham bahasanay walaupun ak menggunakan english. tp ak faham dari gerak gerinya. Dia sungguh syg pada ak! ketika selesai mak cik ak dan ibuku solat, kami ingin pulang, ibu pakistan itu MEMELUK ak dan MENCIUM pipi ak. terharu sungguh ak. Sedih pun ada...

7.15 pm, azan magrib berkumandang. Dan kami stay di dalam masjid sampai Isyak. Selesai solat, kami terus makan malam dan apa lagi, tido!heheeh~Ngantuk sgt2...sebab esok pagi, mak cik ak dan ibu ak nak bangun pukul 3 pg, nak ke masjid kerana subuh dia pukul 4pg. So, siang disini lebih panjang dari malam. sejuk sgt2...selimut tebal menjadi pilahan ak dan zzzzzzzzzzzzzzzz~

Thursday, July 1, 2010

Lambaian Baitullah


~LAMBAIAN BAITULLAH~
EPISODE 1

12 JUN 2010- Alhamdulillah, apa yang aku tunggu telah tiba dan harinya pun menjelang ^_^. Hari ini juga merupakan hari yang sangat bermakna pada diriku seumur hidupku.AKU AK
AN BERANGKAT UTK MENGERJAKAN UMRAH! Tidak dapat aku melelapkan mataku malam tadi! EXCITED sangat...semuanya bercampur, SUKA, GEMBIRA, SEDIH. Mana taknya, kalau aku ditakdirkan utk pergi
selama2 nya, ak takkan pulang lagi ke tanah air ini... Ketika ketibaan jiran tetanggaku, kami sekeluarga sangat gembira ^_^ Tatkala alunan azan berkumandang membawa aku dan ibuku ke muka pintu rumah, begitu syahdu...dan menyentuh hati kami semua...Titisan air mata kelihatan di mata semua yang hadir...InsyaAllah, aku dan ibu akan pulang semula ke rumah ini dengan selamat...

Kami tiba di Airport pada jam 11.30 pagi. Flight pukul 3.15. Saat kaki melangkah ke balai perlepasan, hatiku
diruntung pilu tatkala melihat lambaian2 membawa aku,
ibu dan dua orang mak cik ak. Kami menaiki penerbangan MAS MH150 ke JEDDAH dan mengambil masa 8 jam 5 min. Aku duduk di seat C26, sebelah ak, ingat ibu aku duduk, upenyer ak duk ngan seorang lelaki! Meh ak kenalkan dia serba sedikit...heheheh... Nama dia Mohd Hafiz, masih bekerja di daerah
Damansara...macam tu la...Dia da banyak kali pergi Umrah tapi dengan mak dia. Sayangnya, kali ini die pergi seorang diri, kerana maknya baru meninggal bulan 3 lepas...AL- FATIHAH~
Dia ada menceritakan something, nak tau?hehehe...die ad berniat tidak mahu mengerjakan Umrah tahun ini. Pada suatu hari, selesai solat tgh malam, die bermimpi yang sangat buruk dan sedar, die terus tukar niat, utk mengerjakan umrah tahun ini...itula serba sedikit tentangnya~

Ok, kembali pada cerita aku. First time naik kapal terbang, fuh!!!cuak sey! Bila sudah naik di atas, semua kulihat persis barang mainan dan akhirnya menjadi TITIK. Disinilah aku dapat menikmati ciptaan Allah pada kita semua...aku mencari secebis ketenangan dan seluas kedamaian yang selama ini tidak pernah aku kecapi...Dan tatkala ketika aku sedang menulis diariku ini, aku sekarang berada di atas negara India! Waktu Malaysia ketika ini sudah menjaukau pukul 7.05 pm dan di Jeddah baru sekitar jam 2.05 pm. Jarak masanya adalah 5 jam. Ok lah...nak rehat seketika tatkala ketika ini, ada yang sedang lena diulit mimpi, dan ad yang leka menonton tv..^_^

Alhamdulillah...kami tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah jam 7.00pm waktu Jeddah. Setelah selesai urusan pasport, kami semua menunaikan solat magrib jamak bersama isyak. Tak sangka, kami solat zuhur dijamakkan bersama asar di KL, dan magrib di Jeddah!
Selesai solat, kami bertolak pula ke Madinah. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 6 jam! Dan kami selamat tiba di Madinah, hotel kami, pada jam 2.30am. Diatas ini merupakan hotel kami dan num bilik...heheheh...sekejap lagi nak subuh! subuh sini pada jam 4.00am tau...ok la..nanti ak sambung lagi jumpa pagi nanti ^_^

bersambung~
ira~