THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, July 13, 2010



~LAMBAIAN BAITULLAH~
EPISODE 2

salam semua~ketemu lagi dalam warkah LAMBAIAN BAITULLAH EPISODE 2.
Selesai solat subuh, ibuku bersama2 makcik aku pulang ke bilik. Aku pula?tidur! ngantuknyer~ apakan daya ak ketika itu, Allah telah berikan ak cuti!Ketika itu jam baru 5.30 pg! tapi terang dah...kul 6 pg kami pergi makan pagi. Nyam2...sedap tu mkn kat sana! After selesai je sume, kami bergerak bersama kumpulan travel kami, bergerak ke RAUDHAH. Tatkala ak sampai di Raudhah, menjejakkan kakiku disini, ak bertambah sayu. Aku merasakan suatu ketenangan yang sangat indah! Tatkala aku merasakan betapa kerdilnya aku ketika melalui MAKAM BAGINDA S.A.W. walaupun ak ketika ini sedang dlm 'cuti', namun aku tetap berdoa di
Raudhah. melihat sekeliling aku, titisan air mata keinsafan kelihatan di mata2 semua yang berada di situ. Sejuk dan tenang sungguh! Alhamdulillah, ak dapat masuk dengan keadaan yang sungguh selesa! Tiada kesesakan terasa pabila sudah memasuki kawasan Raudhah itu~
pic ini diambil dlm internet kerana kesukaran ak utk mengambil dengan mggunakan cameraku sendiri

Ketika selesai, kami berjalan2 di sekitar kawasan hadapan Masjid Nabawi. Bayangkan ketika ini baru jam 7 lebih, sudah terang seperti jam 9pg di malaysia! Disini, ira nak ceritakan dan pesan, jika perempuan nak keluar, bwlah teman. Kerana di sana, orang2 arab di sana sgt gatal! takut teramat sangat! Sampai ak terasa nak selubung dengan telekung baru boleh keluar berjalan! huhuhu~ Jam kini sudah menjangkau pukul 2.00ptg. Kami berempat pergi menjamu selera!Alhamdulillah!nyum2...masyaAllah, makanan disini sgt sedap! Apa sje kita le buat disana? makan, tidur n pergi masjid! mana x tembam!hehehe~

Kini, sudah masuk waktu Asar. jam pukul 4.10. Aku mengikuti makcik ku bersama ibuku ke Masjid Nabawi walaupun aku masih berhadas. Semua sedang kyusuk solat. Kelihatan ada seorang bayi berguling2 disebelah kaki ibunya yang sedang khusyuk solat. Alhamdulillah, bertuahnya bayi itu, kecil2 sudah berada di tempat yang sungguh suci ini. Sangat comel, putih, orang Arab. Mungkin belum pandai berjalan, barangkali baru belajar merangkak. yang bagusnya disini, kebanyakan bayi2 yang ada adalah dari orang Arab sendiri. Mereka suka membawa anak2 kecil masuk ke tempat yang suci ini. Bertuah sungguh, namun ak tidak kelihatan orang malaysia membawa anak kecil ke sini. Mungkin suatu hari nanti...InsyaAllah~ Aku sempat berkenalan dengan seorang ibu pakistan. Walaupun aku kami tidak dapat berkomunikaasi dengan baik, dia tidak faham bahasa ak, dan ak tidak faham bahasanay walaupun ak menggunakan english. tp ak faham dari gerak gerinya. Dia sungguh syg pada ak! ketika selesai mak cik ak dan ibuku solat, kami ingin pulang, ibu pakistan itu MEMELUK ak dan MENCIUM pipi ak. terharu sungguh ak. Sedih pun ada...

7.15 pm, azan magrib berkumandang. Dan kami stay di dalam masjid sampai Isyak. Selesai solat, kami terus makan malam dan apa lagi, tido!heheeh~Ngantuk sgt2...sebab esok pagi, mak cik ak dan ibu ak nak bangun pukul 3 pg, nak ke masjid kerana subuh dia pukul 4pg. So, siang disini lebih panjang dari malam. sejuk sgt2...selimut tebal menjadi pilahan ak dan zzzzzzzzzzzzzzzz~

0 comments: