Aku sekadar manusia biasa...punya perasaan, hati, jiwa dan semuanya. Adakalanya aku sedih, gembira...siapa yang tahu??...aku sedar diri ini masih banyak kekurangan. Aku tidak sempurna seperti orang lain, tapi aku usaha untuk menjadi yang terbaik..Aku tidak mahu menggapai angin yang aku sendiri tidak nampak...aku tidak mahu bermain dengan bayang2 aku sendiri...tetapi aku mahu menggenggam malah mahu mendakap impian tersebut..tapi apakan daya, itu semua sekadar ilusi dan bayangan sahaja yang pasti akan lenyap dari pandanganku bila matahari terbit keesokan hari! oh...
Kemana aku ingin mengembara mencari diri aku sendiri? Ah! betapa hinanya aku kerana masih tidak menemui diri aku sendiri...apakah motif sebenarnya? hanya sekadar persinggahan sahaja? mahupun hanya mahu mengisi kekosongan jiwa? mengapa???aku tidak sanggup lagi...aku lemah!seorang yang sangat lemah!
"...Ya Allah...bantulah hambamu ini...lindungi aku dari segala bahaya dan tipu daya syaitan durjana yang sentiasa mengasut aku..."
Mungkinkah hari esok aku ketemu bahagia? ataupun aku akan menutup mata buat selamanya??? maafkan diri yang lemah lagi hina ini...jangan perlakukan aku seperti insan yang tidak punya maruah...
-punya maruah-
24 januari 2010
4.58pm
0 comments:
Post a Comment