THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 31, 2010

"JANGAN TINGGALKAN KAKAK"


Alhamdulillah, selepas program di Angkasapuri bersama Timbalan Perdana Menteri, petang itu juga aku berangkat pulang.

"...terima kasih along, kesian ko kene tunggu aku lame, sebab aku g basuh baju dan mandi!hehehehehe..."

Gembira tak terkata melihat ibu menunggu di bawah!rindunyer...^_^...hehehe...aku berangkat pulang ke kampung dahulu. Tatkala aku sampai di kampung, perkara pertama, aku ingin jumpa BUJI!...rindunyer..hanya kedengaran suara di hujung talian apabila aku menelefon ibu atau ayah..hari ini, aku ingin ketemu dengannya. Tidak semena-mena, air mata aku mengalir sendiri tatkala melihat keadaannya semakin teruk! BUJI kene cancer mata! teruk sangat mata dia..bernanah!badan dia da kurus sangat! aku bertambah sedih apabila dia mengiau padaku..mieow! seperti biasa, apabila dia melihat aku, dia akan datang padaku sambil menggesel badannya padaku. Walaupun dia sakit, die tetap manja dengan aku..ibarat dia tidak ada sakit langsung, pandai die menyembunyikan sakitnya apabila berjumpa dengan aku...=(

"...buji, kakak tau kau sakit, tapi kau bila dengan kakak, kau macam tak sakit...kesian kau...kakak tak bersama dengan kau akhir2 ni...kakak sibuk buji...maafkan kakak ye?..."

Aku sudah biasa menggelarkan diri aku padanya 'kakak'...sudah hampir 9 tahun aku hidup dengannya...(birthday 16 april 2001)...masakan aku tidak boleh lupakan...

"...ira, pujuk buji tu makan, dia da tak nak makan..."
"...buji sayang, makanla sikit, kakak suap ek?"
"...mieow..."

"...buji, jangan tinggalkan kakak, kakak tak boleh hidup tanpa buji...please, jangan tinggalkan kakak buji...kakak sayang buji sangat!..."



0 comments: