THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, October 23, 2010

Menjadikan Kuku Cantik dan Sihat.


cantik x kuku ni uols?hahahaha....meh aku kongsi! aku dapat kat blog ni
nak tau lebih lanjut, bacalah blog die!best! hehehehehe....

Menjadikan Kuku Cantik dan Sihat.


Kuku melambangkan tahap kebersihan seseorang. Mereka yang berkuku panjang kotor...saat melihatnya pun kita sudah tau mereka itu pengotor.


Kalau boleh...kita yang sentiasa memasak di dapur janganlah menyimpan kuku yang panjang kerana sebagai orang Islam berkuku panjang tidaklah digalakkan.


Mereka yang berduit bolehlah pergi ke pusat2 manicure & pedicure untuk merawat kutu.


Tapi bagi kita yang tiada masa atau tiada peruntukan untuk semua itu...salah satu dari jalan yang mudah ialah dengan mencuba petua ini.


Cara pertama


Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan ke atas kuku...boleh juga menggunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok kuku. Selepas digosok biarkan selama 10-15min. Kemudian bilaslah dan keringkan dengan tuala. Lakukanlah sekurang-kurangnya 3 kali sebulan. Kuku akan kelihatan bersinar berbanding biasa.


Cara kedua.


Jika tidak suka cara pertama ...boleh juga mengamalkan cara kedua.
Ambil sebiji lemon dan belah dua. Perahkan jus lemon ke dalam seberkas air...dan rendamkan jari2 ke dalam air tersebut. Kemudian gosokkan perlahan2 kulit lemon tersebut pada kuku . Cara kedua ini hanya boleh dilakukan sesekali kerana ianya boleh menyebabkan kuku menjadi nipis.



Petua untuk kuku ini di ambil dari majalah MIDI..
Kiriman Puan Junaidah Husin , KL...

p/s kawan aku (fa) ada kongsi gak...setiap kali pakai losyen, gosok la sekali kuku tu..amalkan n insyaAllah, berkilatla kuku anda~yeah!

0 comments: